Sabtu, 31 Ogos 2013

Mengenai Sekolah


SK Putrajaya Presint 9 (1)

Dahulunya dikenali sebagai SK Putrajaya (2) adalah merupakan antara sekolah yang terawal di Putrajaya dan salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di Malaysia; dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009.





























Misi

1. Mewujudkan persekitaran di mana murid bertanggungjawab membuat pembelajaran kendiri.
2. Murid yang berdikari serta berdaya maju yang menunjukkan sikap positif dan amalan yang berkualiti bagi menghadapi kehidupan.
3. Murid yang optimis dan mempunyai harga diri yang tinggi.
4. Staf yang berkemahiran tinggi dan mempunyai minat mendalam tentang pembelajaran dan pengajaran.
5. Merangsang murid bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
6. Menyediakan sumber-sumber yang perlu bagi menyokong pendidikan berkualiti dalam millennium ini.
7. Mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik diantara ahli dalam kominiti.

Pembinaan sekolah ini bermula pada pertengahan 1998 dan telah siap sepenuhnya untuk digunakan pada 17hb Januari 2002, dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. Penghormatan sebagai Guru Besar yang pertama telah diberikan kepada En Sukimin Bin Juki yang telah mula bertugas pada 24 Disember 1999. Pada 6hb januari 2000, 6 orang guru telah melaporkan diri untuk bertugas dan jumlah ini telah bertambah semenjak itu. Sehingga 9hb Oktober 2000, jumlah guru ialah seramai 59 orang.

Pendaftaran murid telah bermula pada 12hb dan 13hb Januari 2000. Pada hari pertama persekolahan bagi tahun 2000, iaitu pada 17hb Januari 2002, jumlah murid adalah 193 orang. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak kakitangan berbagai kementerian yang telah berpindah ke Putrajaya. Kebanyakan daripada mereka tinggal di dalam Putrajaya.

   Visi
SK Putrajaya Presint 9 (1), Sekolah Kluster Kecemerlangan yang unggul di Malaysia pada 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan